Alhamdulillah, hari ni edy belajar satu benda baru untuk dikongsikan bersama dengan korang semua. Iaitu tips macam mana nak hafal muka surat pada al-Quran. Kadang-kadang bila orang bertanya dengan kita, kita hafal juzuk, tetapi muka suratnya terlupa, kan. Jadi, kali ni edy nak berkongsi dengan korang tips untuk hafal muka surat al-Quran yang menakjubkan. Jom kita belajar sama-sama.
Edy jumpa tips ni dekat ruangan muka buku. Sambil edy update blog tadi, edy terbaca tips yang menarik lagi menakjubkan ni. Jom kita belajar tips ni sama-sama.
(SHARE KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT,MOGA-MOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA )
Saya terjumpa satu tips menghafal "muka surat " Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini saya kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard saja.
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran......
(SHARE KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT,MOGA-MOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA ) —
Macam mana? Mudah, kan. Sebarkanlah kepada kawan-kawan korang yang lain mengenai tips ini ya. Semoga ia beri manfaat kepada kita semua. Insya-Allah, amin ya Rabb.
[ sumber ]
0 orang dah puas hati:
Post a Comment