Seorang nenek dari Norfolk telah mendapat kembali deria bau dan rasanya selepas hampir 40 tahun. June Blythe, 65 tahun, seorang yang begitu minat memasak, sangat terkejut apabila dia mendapati dirinya mempunyai deria bau dan rasa selepas menjalani pembedahan di sebuah klinik.
Oleh kerana pembedahan sebelum ini gagal, June tidak berharap lagi bahawa pembedahan seterusnya akan berjaya. Tetapi, selepas 10 hari menjalani pembedahan tersebut, Puan Blythe menyedari dia mampu untuk menghidu bau lemon ketika dia sedang memerah lemon tersebun untuk membuat skon. Ketika itu jugalah, air mata tanda kegembiraannya mengalir.
Puan Blythe mengatakan bahawa dia seperti berada di dunia yang berbeza dan dia sendiri tidak menyangka berlaku satu keajaiban selepas hampir 40 tahun dia hidup tanpa boleh menghidu dan merasa apa-apa. Puan Blythe dari Taverham ini hilang deria bau dan rasa kerana telah menghidapi rhinosinusitis yang kronik sejak tahun 1975.
Yang mengagumkan ialah dia masih lagi menjadi juara dengan masakannya, dan dia juga adalah seorang ahli aromaterapi, sering menggunakan haruman minyak tumbuhan untuk memperbaiki mood dan kesihatan para kliennya. Dia mendapat semula deria bau dan rasanya selepas menjalani tiga jam pembedahan untuk membersihkan polip daripada rongga-rongga sinusnya di satu-satunya klinik pakar bau dan rasa iaitu Klinik NHS di Norfolk, Britain. Puan Blythe rasa sangat bertuah kerana keajaiban berlaku ke atas dirinya dan itu amat menggembirakan hatinya.
[ sumber ]
0 orang dah puas hati:
Post a Comment