Sedar tak sedar, kartun paling popular di Jepun dan seluruh dunia, iaitu Doraemon kini menyambut ulang tahunnya yang ke-100! Fuh, begitu lama sekali ya. Itu pun edy terbaca entri blogger lejen masa kini iaitu Obefiend. Siapa yang gemar baca komik Doraemon, hari jadi kucing robot biru yang asalnya berwarna kuning emas ni ialah pada tarikh 3 September 2112. Jadi, untuk itu satu sambutan yang berbentuk pameran diadakan di Hong Kong. Pameran yang dinamakan 100 Years Before the Birth of Doraemon ni telah pun bermula pada 14 Ogos yang lalu hinggalah ke 16 September ni. Terdapat 100 replika alat ajaib milik Doraemon dipamerkan di sana. Antaranya ialah Pintu Suka Hati dengan saiz yang sebenar pulak tu. Kepada kipas-susah-mati Doraemon, jom edy bawak korang melihat suasana di pameran ni, okey.
Amacam, best tak? Best, kan. Meriah betul pameran ni. Meskipun sudah 100 tahun usia Doraemon tetapi komik-komik hasil karya mendiang Fujio F. Fujiko tetap segar di hati edy dan para peminat semua. Edy rasa mungkin dah lambat nak wish, tapi nak wish jugak. Hehehe. Selamat hari jadi ke-100 tahun buat kamu, Doraemon. Dan terima kasih kepada Obefiend untuk info ini.
[ sumber ]
2 orang dah puas hati:
wah bawak balik pintu suka hati tu.hehehe nak simpan
Edy Fee: nanti senang nak ke mana-mana, kan. free pulak tu. hehehe
Post a Comment