Insan Yang Berendam Air Mata Darah


Korang mesti pernah dengar pasal manusia yang mengeluarkan air mata darah, betul tak? Mesti ada yang pernah, dan ada yang tak. Sebenarnya, kalau korang nak tahu, keadaan orang yang mengeluarkan air mata darah ada perkataan istilahnya tau.


Perkataan tu adalah haemolacria, iaitu keadaan yang akan menyebabkan pesakit akan mengeluarkan air mata darah. Disebabkan punca dan penawarnya masih belum ditemui, jadi ia merupakan simptom yang berkaitan dengan darah atau tumor. Kat bawah ni edy sediakan tiga orang yang mengalami haemolacria. Jom skrol ke bawah.



Calvino Inman

Kanak-kanak berusia 15 tahun ni berasal dari Tennessee. Dia akan mengeluarkan air mata darah tiga kali sehari. Ia akan keluar tanpa memberi petanda. Kat bawah ni adalah videonya edy sediakan.



Twinkle Dwivedi



Gadis ni berusia 13 tahun dan tinggal di Uttar Pradesh, India. Gadis ni bukan sahaja mengeluarkan air mata darah, tetapi ada juga darah yang keluar dari kulit kepala, hidung dan bahagian kaki. Bawah ni jugak, edy sediakan video tentang gadis ni.



Rashida Khatoon



Wanita ni jugak mengalami haemolacria. Berasal dari Patna, India. Air matanya akan mengeluarkan darah beberapa ketika. Hinggakan penduduk kampung menggelarkan dia sebagai orang-orang suci dan mempunyai keramat. 

0 orang dah puas hati: