Kubur Di Atas Kubah Masjid Nabawi Adalah Jendela Semata-Mata


Korang semua masih ingat dengan kisah kubur atau mayat di atas kubah Masjid Nabawi? Alhamdulillah, hari ni Allah telah menggerakkan hati seorang hambaNya yang hanya dikenal dengan Minang Blogger, telah menjelaskan perkara sebenar mengenai kubur di atas Masjid Nabawi ini. Sebenarnya itu bukanlah kubur tetapi hanyalah jendela semata-mata.

Cerita mayat atau kubur penjahat yang mahu mengalihkan jenazah Rasulullah S.A.W ini sangat terkenal namun malangnya ia hanyalah cerita palsu yang dikarang oleh siapa pun tidak tahu. Memang cerita itu hanyalah cerita palsu. Sebenarnya, benda yang dikatakan kubur penjahat itu adalah jendela ataupun tutupan kubah yang akan dibuka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana bimbang jikalau hujan, air akan masuk yang nanti akan merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya jendela ini ditutup. 

Jadi, cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi.. Ini bermakna, mungkin ada pihak yang bertujuan untuk memesongkan umat islam atau mungkin ingin memper*****kan umat islam itu sendiri. Cerita-cerita karut yang boleh membawa ke jalan syirik amat ditakuti. Semoga Allah melindungi kita daripada fitnah Al Masih Dajjal.

Terima kasih sekali lagi kepada insan yang bernama Minang Blogger ini. Semoga dengan penjelasan ini, kita sebagai umat Islam akan lebih berhati-hati tatkala mendengar perkara-perkara yang mengejutkan mengenai agama Islam. Edy sebagai pemilik blog ini ingin memohon maaf kerana telah menulis entri yang menyebarkan fakta yang salah. Dan kalau boleh sebarkanlah perkara ini kepada kawan-kawan kita yang lain sebelum terlambat okey. 

sumber rujukan: [satu], [dua], [tiga], [empat], [lima]

2 orang dah puas hati:

Nour Adieb said...

Wahhh,info yg sangat berguna.Sharing is caring.Ish3,skrg lebih banyak crta palsu yg timbul..

Cik Nor said...

tkasih.