SEGMEN DUNIA EDY: JOM MENGKRITIK TIKUS



Assalamualaikum korang semua. Buat pertama kali dalam sepanjang edy berblogging, inilah pertama kali edy adakan segmen untuk korang semua. Selalu ikut segmen orang lain, kali ni edy pulak buat segmen sendiri. Segmen ni edy adakan untuk menyambut bilangan follower blog edy yang sudah pun mencapai ke angka 1000 orang! Terima kasih kepada puteri riswin kerana menjadi follower ke-1000 blog edy. 


klik untuk besarkan gambar


Alhamdulillah, sepanjang empat tahun edy berblogging, akhirnya sampai jugak ke angka keramat ni. Korang semua memang sentiasa singgah ke blog edy meskipun blog edy ada kalanya terabai seketika dan paling menyedihkan bila blog edy diserang virus. 

Dalam kehidupan kita, memang sentiasa akan ada cabaran dan dugaan. Edy tak mau cakap banyak-banyak, sebab nanti korang akan bosan pulak, kan? hehehe. Segmen sulung edy ni bertujuan nak memperkenalkan para blogger antara satu sama lain, tak kira yang masih baru mahupun yang sudah lama alias otai. Nak follow... follow lah okey. hehehe. 

Untuk ikuti segmen ni senang jer. Tak susah pun. 


1. Buat satu entri bertajuk SEGMEN DUNIA EDY: JOM MENGKRITIK TIKUS

2. Ambik banner blog edy kat atas ni dan letak kat dalam entri.

3. Korang tulis skit dalam entri korang pendapat korang tentang blog edy setakat ni. Tak kisahlah nak komen pasal design banner ke, entri2 edy ke, susun atur gadget blog ni ke, tak kisahlah apa pun yang penting berkaitan dengan blog edy (mesti jujur ya).

4. Korang publish dan postkan link entri korang dalam ruangan komen entri ni dan pastikan korang letak link ke entri segmen edy ni dalam entri korang buat tu okey.

Senang tak? Senang je kan. Bukan apa, pendapat korang akan memudahkan edy untuk memperbaharui lagi blog edy demi keselesaan korang ketika berkunjung ke blog edy ni. Selamat mengkritik di blog edy.  

1 orang dah puas hati:

suria lekatlekit said...

Gud Luck 4 u'r segmen.. Yelah blog2 mcm kita ni nak dpt 1k pn makan tahun kan?? blog saya pn dah 3 thn.. baru ada skit2 yg memacak kt follower