Fenomena Alam Yang Menakjubkan Yang Mesti Korang Lihat


Korang pernah tengok aurora? Mesti ada yang dah oernah tengok kat mana-mana majalah ataupun laman web ataupun... yang pernah tengok sendiri pun mesti ada punya. Kali ni edy bukan nak berkongsi dengan dengan korang pasal aurora jer, tapi ada beberapa fenomena alam yang menakjubkan yang mesti kita tengok.

Kalau dah siap sedia, jom skrol ke bawah untuk tengok 10 fenomena alam yang menakjubkan ni okey.

1. Aurora


Jugak dikenali sebagai cahaya utara/selatan, aurora borealis & aurora australis adalah cahaya neutral yang terpancar di langit. Selalunya ia muncul di kawasan Artik dan Antartik. 


2. Mammatus Clouds


Awan mammatus selalunya dikaitkan dengan cuaca yang tertentu. Kadang-kala ia menjadi penanda akan kehadiran cuaca yang buruk seperti ribut petir. 


3. Red Tides


Ombak merah ini terhasil apabila alga dalam air tawar terkumpul dengan cepat di dalam turus air dan menukar permukaan warna air menjadi merah. Ombak merah sering berlaku di kawasan pantai-pantai seluruh negara.

4. Fire Rainbow

Ini merupakan salah satu fenomena yang berlaku di atmosfera. Pelangi api terjadi apabila awan sirrus berada pada ketinggian 20,000 kaki di udara bersama hablur-hablur ais, dan matahari mesti memancar kepada awan ni pada suhu 58 darjah selsius

5. Moonbow

Moonbow ialah pelangi yang dihasilkan oleh cahaya bulan berbanding cahaya matahari. 

6. Cappuccino Coast

Fenomena ini jarang sekali berlaku di kawasan laut. Buih tebal akan terhasil apabila air masin berinteraksi dengan bahan terurai hidupan dalam air. Arus yang kuat akan memukul buih tebal ni dan ia akan membentuk seolah-olah buih cappuccino,

7. Penitentes

Penitentes merupakan pancang-pancang ais dan formasi salji yang unik. Ia kelihatan seakan-akan sami yang berpakaian putih dan memakai hood. Ia boleh dijumpai di kawasan gunung glasier pada altitud tinggi dan ia selalu muncul dalam pelbagai saiz dan ketinggian.


8. Foxfire


Kadang-kadang ia digelar "api pari-pari." Foxfire ialah kebiopendarkilauan yang dicipta oleh beberapa spesies kulat yang hidup pada kayu yang mereput .



9. Light Pillars


Fenomena ini terjadi oleh pantulan cahaya matahari hablur ais yang dalam keadaan mengufuk. Ia juga boleh jadi cahaya daripada matahari, bulan ataupun cahaya lampu jalan.


10. Naga Fireballs


Bola api naga (sering jugak digelar cahaya Mekong), di mana ia sering berlaku di kawasan Sungai Mekong, iaitu di sempadan Thailand dan Laos. Bola yang bercahaya kelihatan muncul dari permukaan sungai dan naik ke udara. Pernah dilaporkan bahawa bola api naga ni muncul kira-kita puluhan dan ribuan jumlahnya, muncul dari permukaan sungai dan meluncur naik ke atas. Penduduk sekitar kawasan ni mendakwa, fenomena ini terjadi kerana ia adalah perbuatan seekor ular sakti di dalam sungai tersebut, 

1 orang dah puas hati:

Ocin Chee said...

sangat cantik! teruja!