Dadah Dalam Dubur Punca Punggung Gatal



CAMERON HIGHLANDS – Sikap aneh seorang penganggur yang asyik menggaru punggung dipercayai kerana tidak tahan gatal membongkar rahsia apabila dia sebenarnya menyembunyikan 8.90 gram heroin dalam duburnya, petang kelmarin.


Ketika ditahan pada jam 3.30 petang di depan sebuah kedai gunting di Tanah Rata, di sini, lelaki berusia lingkungan 30-an itu kelihatan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum diperiksa sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata sebelum itu, polis memeriksa seluruh tubuh penganggur terbabit, namun tidak menemui sebarang objek mencurigakan.
Menurutnya, penganggur terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Cameron Highlands untuk disoal siasat bagi mengetahui lokasi sebenar dia menyembunyikan dadah.
Katanya, ketika didesak supaya mengaku penganggur terbabit tidak berdiri dengan betul apabila asyik menggaru punggung selain menggeliat sebelum mengakui menyembunyikan sepeket heroin dalam duburnya.
“Bagaimanapun, polis kemudian memaksa lelaki terbabit mengeluarkannya sebelum mengesahkan terdapat satu peket plastik lut sinar yang mengandungi serbuk heroin seberat 8.90 gram,” katanya.
Katanya, penganggur terbabit kini ditahan reman selama empat hari di lokap IPD bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. (Harian Metro)

1 orang dah puas hati:

Unknown said...

haha... kat situ pun nk sorok dadah??