Tafsir Mimpi Berbogel - Sheikh Ahmad Sudais


Kali ni edy nak kongsi dengan korang satu kisah yang berlaku kepada seorang imam besar Mekah iaitu Sheikh Ahmad Sudais. Beliau memang tidak asing lagi di negara mahupun di mana-mana kerana beliau terkenal dengan hati lembutnya kerana apabila dia membaca mahupun mendengar ayat-ayat suci Al-Quran, secara tak langsung air matanya akan mengalir dan dia akan terus menangis kerana dia sangat memahami intisari dalam Al-Quran. Kisah yang edy nak kongsikan dengan korang semua ini ada kena mengena dengan beliau iaitu berkaitan dengan tafsir mimpi berbogel.

Semoga kisah di bawah ni akan memberi kita pedoman kepada kita semua. Amin ya Rab...

Kisahnya bermula begini:

Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesyen Radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal hal yang berkaitan agama di stesyen radio berkenaan, terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para pendengar radio untuk menelefon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.


Ketika tengah rancak berkumandang di udara, Pihak stesyen radio menerima panggilan telefon daripada pendengar radio



Pendengar : Assalamualaikum, izinkan saya bertanya soalan?



Sheikh Sudais : aiwa, teruskan.



Pendengar : Saya ingin bertanyakan mengenai Tafsir mimpi.



Sheikh Sudais: Maaf, saya kurang arif berkenaan ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin saya boleh bantu dengan beberapa hadith shohih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadith2 lain, atau mungkin juga saya bertanyakan kepada kenalan saya yang lebih memahami.



Pendengar : Saya bermimpikan seseorang yang dalam keadaan bogel mengelilingi(tawaf) kaabah tanpa perasaan malu , apakah maksudnya Sheikh?



Sheikh Sudais: Masyaallah.. masyaallah, yang ini saya tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosanya oleh ALLAH, Umpama bayi yang baru lahir.



Pendengar:  Bolehkah saya memberi khabar gembira ini kepada beliau?



Sheikh Sudais: Sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.



Pendengar : Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.



Sheikh Sudais terkejut dan teresak2 menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan sheikh.

3 orang dah puas hati:

[sutera kasih] said...

Subhanallah..

Sya said...

masyaAllah, beruntungnya dia... mcm mnela klu kita? hurm...

AQ Eyfa said...

Ya Allah besarnye rahmatmu.Beruntunglah kalau kite dapat mcm Sheikh Ahmad Sudais