Inilah Rupa Asal Ronald McDonald


Korang mesti kenal kan dengan orang kat atas ni kan. Siapa lagi kalau bukan ikon untuk McDonald iaitu Ronald Donald. Korang pernah tak terfikir, macam mana agaknya muka dia yang sebenarnya? Korang teringin tak nak tengok muka asal dia? 


Mestilah nak kan. Ok, kat bawah ni edy sediakan gambar-gambar wajah sebenar Ronald McDonald ni. Kalau korang nak tahu, watak Ronald ni dicipta oleh Willard Scott untuk penggambaran 3 buah iklan. Watak Ronald pertama kali muncul ialah pada tahun 1963. Pada asalnya, Willard berlakon sebagai watak Bozo the Clown, sebuah rancangan tv yang pernah disiarkan di TV2 pada awal 90an dulu. Edy sendiri tak tahu dan tak pernah tengok pun rancangan Bozo ni, ada ker antara korang yang kenal Bozo ni ya? Menurut Willard, pada ketika itu rancangan yang mempunyai badut sangat popular di US. Pihak McDonald mahukan satu watak badut yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk makan di restoran mereka. Oleh sebab itulah, Willard mencipta watak Ronald McDonald, the Hamburger-Happy Clown. Beliau kemudian melakonakan watak Ronald daripada tahun 1963 - 1965. Sejak Willard bersara dari menjadi Ronald, seramai 11 orang telah diambil oleh McDonalds untuk melakonkan watak Ronald di dalam iklan mereka. Jadi sekarang korang dah tau dah kan siapa sebenarnya Ronald McDonald ni. Kat bawah ni gambar-gambar Willard aka Ronald. Enjoy.





1 orang dah puas hati:

ReramaBiru said...

~0oo..baruku tahu..hehe