Si Meow, Kucing Seberat 40 Paun


Memperkenalkan kucing bersaiz super, Si Meow. Macam tak percaya kan ada kucing yang besarnya macam ni tapi itulah realitinya. Kucing berwarna putih oren ini berusia 2 tahun dan beratnya ialah hampir 40 paun. Pemilik Si Meow yang kini berusia 87 tahun sudah tidak mampu lagi untuk menjaga Si Meow lantas dihantarnya Si Meow di sebuah pusat kebajikan kucing iaitu Santa Fe Animal Keeper. Dan pihak pusat kebajikan ini mempunyai misi iaitu untuk melangsingkan kembali Si Meow. 




Kalau korang nak tahu, Si Meow sebenarnya mengalamai obesiti namun Si Meow mempunyai wajah yang sangat comel dan sweet. Betul tak? Si Meow kini ditempatkan pada keluarga angkat dan sedang menjalani diet istimewa dan sedang menurunkan berat badannya. Misinya ialah hanya kurang 10 paun, Si Meow akan ditempatkan untuk adopsi. Kat bawah ni edy sediakan videonya okey. Enjoy.





2 orang dah puas hati:

Izwa Kamaruddin said...

humakkkkaiii...nak kucing ni!

Unknown said...

haha... byk mkn sgt smpai camni jadinya...tp comel!