Burger Hitam Dan Putih Dilancarkan Oleh McDonald di China


Sekali tengok warna dua biji burger ni seolah-olah seperti simbol Yin-Yang yang merupakan simbol keseimbangan yang sangat penting oleh masyarakat cina. Kalau korang nak tahu, dua biji burger kat atas ni ialah salah satu produk terbaru restoran McDonald tau, iaitu Burger McYing & McYang. Tapi, ia hanya dijual kat China sahaja. Hehehe.



Burger sepasang, McYing dan McYang ni merupakan salah satu produk terbaru di McDonald di China, yang mana ia melambangkan simbol Yin-Yang purba orang cina. Kedua-dua burger ini kini sedang menjadi jualan yang hangat di China terutamanya di Beijing. Kalai korang lihat sendiri pada gambar kat atas ni, kedua-dua burger ni berlainan inti. Untuk burger yang hitam, ia diletakkan dengan sos lada hitam dengan sedikit hirisan bawang, manakala untuk burger yang putih pulak, intinya diletakkan dengan sos yang pedas "kick" dan manis. Bila orang cina kat sana makan burger ni, diorang akan sebut macam ni: 'Heibai liangdao tongchi'. Perkataan ni merupakan pernyataan yang menggambarkan seseorang yang 'makan dari kedua-dua pihak' - bermakna mereka ada kenalan berjawatan tinggi dalam kerajaan [burger putih] dan jugak dalam jenayah terancang, iaitu merujuk kepada 'masyarakat hitam' [burger hitam]. Sampai makanan pun ada falsafahnya yang tersendiri, kan? Huhuhu. Apa pun, harga bagi kedua-dua set burger ni £2.60 [RMB27 / RM10.40] dan untuk harga untuk satu set sahaja pula ialah £1.55 [RMB16 / RM6.20] sahaja. 


4 orang dah puas hati:

Nur Afrina said...

yang putih tu nampak sedap,tapi yang hitam tu macam gerun pulak nak makan~ hehe

Edy Ramanov said...

Nur Afrina: edy teringin nak rasa dua-dua, kalau halallah. hehehe

Unknown said...

huhu sedap!!
roti burger tu ade flavor dark chocolate and white chocolate ke??? :)

Edy Ramanov said...

Green Applez: huhuhu