Sejarah Tok Janggut Yang Mesti Diperbetulkan


Siapa yang pernah tengok foto kat atas ni? Ya, ada yang pernah dan ada yang belum pernah. Kalau korang nak tahu, foto kat atas ni dikatakan sebagai foto jasad pahlawan Tanah Melayu yang bernama Tok Janggut dari Kelantan. Sangat terkenal gambar ini. Mana-mana kalau korang cari tentang Tok Janggut, foto kat atas ni yang akan keluar bersama. Kalau korang nak tahu, foto kat atas ni bukan sama sekali jasad Tok Janggut.

Edy sendiri tak pasti macam mana kecelaruan fakta boleh berlaku tapi edy percaya sejarah kita banyak sekali diputar-belitkan oleh pihak penjajah. Edy baru terbaca satu entri daripada sebuah blog dan selepas korang baca artikel di bawah ini, tolonglah sebarkan kepada mereka yang lain. Sejarah tanah air kita adalah warisan leluhur kita. Jom kita baca sama-sama artikel di bawah ni.

Tolong... Tolong... Tolong, perbetulkan sejarah gambar ini.



Ini BUKANnya jasad Tok Janggut, Haji Mat Hassan Bin Munas, tetapi jasad askar sikh yang terkorban semasa Perang Pasir Puteh, Tok Janggut telah diselamatkan Mat kelubi dan dilarikan ke Gua Musang dalam keadaan cedera.

Tok Janggut terus hidup dengan menggunakan nama Haji Ahmad dan menetap di Panji Kota Bharu Kelantan berkahwin dan mempunyai zuriat , hidup sehingga tahun 1969.

Perlu kita ketahui bahawa tujuan jasad ini dipamerkan pada masyarakat kota bharu adalag untuk menakutkan orang melayu ketika itu, penting kita tahu kenapa diarakkan sekitar kota bharu sahaja, Kerana orang kota bharu tidak pernah melihat wajah Tok Janggut, hanya mendengar cerita berkaitan perjuangannya sahaja(british gelar pemberontakan).

Sejarah berkaitan gambar ini perlu diterang jelaskan, bagi mengelakkan aib pada Haji Mat Hassan Bin Munas, dan keturunannya.

sumber: cucu cicit Tok Janggut

2 orang dah puas hati:

LadyBird said...

sejarah kite dah dikucar kacirkan, kshn cikgu2 sejarah yg diamanahkan mengajar fakta yg salah :(

Edy Ramanov said...

LadyBird: tau xper, cik ladybird. kesian jugak kepada anak bangsa kita yang mendapat ajaran yang salah daripada para guru yang juga menggunakan fakta yang salah.