Kenapa Liang Lahad Wanita Lebih Dalam Daripada Lelaki?


Korang pernah tahu tak kenapa liang lahad untuk jenazah wanita lebih dalam daripada jenazah lelaki? Kalau liang lahad wanita 7 kaki, liang lahad lelaki 5 kaki. Kenapa agaknya ya? Jom baca perbualan kat bawah untuk penjelasannya.

Isteri: Abang, boleh sayang tanya?

Suami: Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri: Sayang peliklah, bang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kuburnya di gali sedalam 5 kaki, tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?

Suami: Ooo... InsyaAllah. Senang je jawapannya tu... (sambil tersenyum) Kalau nak tahu Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam daripada lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut takkan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampai nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita. 

Isteri: SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya, bang.


P/S: Wahai kaum wanita, tutuplah auratmu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana Insya-Allah, Allah juga akan membantu melindungi auratmu walaupun nyawa sudah tiada satu hari nanti kelak. 


5 orang dah puas hati:

Anonymous said...

hari ni baru saya tau...TQ for sharing...

Terkenang dosa tak tutup aurat ni sampai hari ni pun masih buat...
wlu bertudung....stoking tak pernah pakai pun...

Unknown said...

Terima kasih kerana mengingatkan..

Unknown said...

wow...
serius shark br tau..
thanx for infomation..

Sya said...

ohh camtu.. sme mcm kain kafan pompuan pun lebih tebal drpd laki tuk mnutup aurat prempaun.. ;)

AQ Eyfa said...

Allahuakbar...gud info.trime kasih share