Istilah Babi Dalam Makanan


Babi dan makanan, memang tak asing lagi perihal kontroversinya. Edy baru terbaca satu artikel tentang istilah bagi nama-nama babi dalam makanan. Kadang-kadang kita tak faham istilah tu dan agak benda tu halal sebab tak sebut perkataan pig atau pork, kan? Memang bahaya betul.

Jadi, jom kita baca artikel yang edy jumpa ini sebagai ilmu untuk kita semua. Dan kalau boleh sebarkanlah demi kepentingan umat Islam agar umat Islam tak mudah tertipu dengan penggunaan istilah untuk babi dalam makanan. 

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi. 

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi: 


1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. 


2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi. 


3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg. 


4. Boar:Babi liar. 


5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.


6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.


7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.


8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).


9. Sow Milk:Susu babi.


10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 

daripada 50 kg. 


11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. 

Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal 

daripada babi. 


Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah Suhana 

Wa Taala akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di 

akhirat.


[ sumber

1 orang dah puas hati:

Edy Fee said...

mcm2 la istilah babi.ish2...pelik3