21 Raksasa Air Yang Berjaya Ditawan


Siapa yang pernah tonton rancangan "River Monster" kat channel Animal Planet kat Astro? Dalam rancangan tu misi diorang hanya satu, membawa naik raksasa sungai ke darat untuk tatapan para penonton. Kali ni edy nak kongsi dengan korang sebanyak 21 raksasa air yang paling pelik diorang pernah dapat tangkap.

Edy sendiri tengok gambar-gambar kat bawah ni pada mulanya tak percaya tapi memang tak mustahil. Khazanah dalam air lebih banyak berbanding di darat. Kat bawah ni edy sediakan sebanyak 21 gambar raksasa sungai yang berjaya ditawan oleh krew River Monster ni. Enjoy.

1.

Alligator gar - ikan buaya. Berat: 111 paun. Ukuran: 7 kaki. Lokasi: Trinity River, Texas.


2.

Arapaima - Berat: 150 paun. Lokasi: Tasik di Rio Maderia, Brazil.


3.

Bull shark - Ikan jerung lembu. Lokasi: Zambezi River, southern Africa.


4.

Belut elektrik - Berat: 44 paun. Ukuran: 8 kaki. Lokasi: Amazon River.


5.

Ikan gergaji air tawar - Berat: 400 paun. Ukuran: 20 kaki.


6.

Siamese carp or giant barp - ikan rohu/ ikan lampam(?) Berat: 660 paun. Ukuran: 10 kaki. Lokasi: Mekong River. Fakta: Ikan ini merupakan spesies ikan air tawar terbesar di planet ini.


7.

Ikan pari air tawar - Berat: 400 paun.


8.

Goliath tigerfish - Lokasi: Congo River, central of Africa. Info: Ikan ini sama spesies atau relatif kepada ikan piranha.


9.

Goonch catfish - Ikan keli gergasi. Ukuran: 5 kaki 7 inci dari kepala ke ekor, ukur lilit - 41 inci dan ukuran sirip - 44 inci. Lokasi: Sungai di utara India.


10.

African lungfish. Ukuran: 6.6 kaki


11.

Ikan keli Vundu. Berat: 121 paun. Ukuran: 5 kaki.


12.

Belut sirip panjang New Zealand. Ukuran: 5 kaki.


13.

Nile perch. Berat: 600 paun. Ukuran: 6 kaki.


14.

Piranha hitam. Berat: 1 paun. Info: Ia merupakan spesies terbesar di antara 40 spesies piranha yang lain.


15.

Ikan Chiu-Chiu. Berat: 40 paun. Ukuran: 3 kaki. Lokasi: Orinoco dan sekitar Amazon River. Info: Ia merupakan ikan purba yang kelihatan seakan-akan ikan keli. 


16.

Ikan pacu. Info: relatif kepada keluarga spesies piranha. Mempunyai gigi seperti gigi manusia untuk pelbagai fungsi seperti membuka kulit buah getah, menghancurkan biji benih, mengisar beberapa herba air dan makanan yang lain. Tidak seperti saudaranya, ikan piranha, ikan ini hanya makan serangga dan sayuran. 


17.

Ikan pari sungai berekor pendek. Berat: 450 paun. Ukuran: 4.9 diameter.


18.

Keli sungai. Berat: 163 paun. Ukuran: 7 kaki, 4 inci dari kepala ke ekor.


19.

White sturgeon. Lokasi: North America. Info: Merupakan ikan yang terbesar dan paling primitif di Utara Amerika. Paling besar yang pernah mencatat rekod berukuran 20 kaki dengan berat 1,800 paun.


20.

Japanese giant salamander. Ukuran: 5 kaki. Lokasi: Jepun. Info: Merupakan salamander kedua terbesar di dunia selepas salamander gergasi China. Yang penting ini bukan ikan.


21.

























Payara. Lokasi: Orinoco River, Venezuela. Info: Ia juga digelar vampire fish kerana ia mempunyai gigi taring yang mampu mencapai ukuran sehingga 6 inci. 

2 orang dah puas hati:

Tentang Kita said...

suka tgk rancangan nie..mcm2 ikan yg diaorg tgkp

faizuddin pro said...

pergh..best dapat tngk koleksi ikan2 ganas nie..tp pemancing tu x takut ker??heheheh