Ninja Dalam Panggung Wayang?


Korang pernah tak ada pengalaman masa menonton dalam panggung wayang, ada orang yang buat bising, ketawa kuat-kuat, tak tutup atau senyapkan telefon ataupun bersembang kuat-kuat? Ada tak? Edy pernah beberapa kali alami pengalaman macam tu. Memang mengganggu fokus tontonan kita pada filem kalau benda ni terjadi. Kadang-kadang edy sendiri tak faham, kenapa diorang buat bising masa tengok wayang kan? Jadi, untuk masalah macam ni, sebuah panggung wayang di London ada penyelesaiannya. Mereka menggunakan ninja di dalam panggung wayang.

Apa? Ninja dalam panggung wayang? Bunyi macam pelik, tetapi itulah yang dilakukan oleh Pawagam Prince Charles di London. Mereka menggunakan ninja untuk membanteras masalah seperti sikap penonton yang suka membuat bising ketika filem ditayangkan. Sekali tengok, nampak macam menakutkan jugak, kan. Sebab, ninja ni akan menyelinap tanpa kita sedar tau. Mereka akan menegur penonton yang buat bising. Nampak menarik kan idea diorang ni. Jom kita tengok pulak video yang edy sediakan kat bawah ni, okey.

Elok jugak perkhidmatan macam ni dibuat jugak di Malaysia. Thumbs up!!! 
^_____^

1 orang dah puas hati: